Apa Terjadi? Alyah Dan Suami Bermusuh?

Alyah Bermusuh Dengan Ramli MS?

Memang mengejutkan! Tetapi itulah hakikat yang berlaku kepada penyanyi Datin Alyah yang juga merupakan kepada isteri pengarah muzik terkenal Dato' Ramli MS. Namun jangan salah sangka atau fikir bukan-bukan dahulu kerana ini tiada kena-mengena berita masalah rumah tangga atau apa. Sebenarnya Alyah memberitahu permusuhan dia dengan suaminya, Datuk Ramli MS apabila melibatkan hal-hal berkaitan bidang muzik saja.
Ini kerana mereka tidak mahu mencampur-adukkan hal peribadi dan kerjaya. Berikut penjelasan Alyah tentang permusuhan mereka itu...

Kenapa Alyah Bermusuh Dengan Suaminya, Ramli MS?

"Kami memang 'musuh' jika berkaitan hal kerja kerana kami memang tidak mencampur-adukkan hal peribadi dengan kerjaya masing-masing.

Tidak Pernah Gunakan Hubungan Peribadi Untuk Dapat Kelebihan?

"Saya memang tidak pernah mendapat sebarang kelebihan hanya kerana dia suami saya," kata Alyah lagi.


"Banyak projek melibatkan suami memang saya tidak terlibat kerana tidak mahu orang fikir saya cuba ambil kesempatan.

"Kami pun memang jarang bercakap tentang hal-hal berkaitan muzik apabila di rumah," katanya.

Apa Pula Perkembangan Terbaru Alyah? Ada Projek Baru?

Alyah bakal muncul dengan lagu duet bersama Farawahida iaitu Mengapa Harus Aku.

"Tahun ini saya ingin merancakkan kembali karier nyanyian dengan melancarkan tiga single secara berperingkat.

"Selain Menunggu Bayangmu dan Mengapa Harus Aku saya juga sudah merakamkan single ketiga tahun 2017 iaitu Jutaan Purnama.

"Dengan kelembapan penjualan album fizikal pada masa kini saya fokuskan kepada penghasilan single sahaja dan menunggu masa sesuai untuk tampil dengan album penuh," ujarnya.

sumber:mstar

Pilihan Berita Hiburan Menarik Yang Berkaitan:



tags: Berita Hiburan, Datin Alyah, Alyah dan Ramli MS Bermusuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Internet business sales

Donate Car To Charity CALIFORNIA, Online Classes, PHD In Counseling Education, Webex Costs, Register Free Domains,Best social media platforms, Social Media Tools

Cari Apa Saja..

Blog Archive