Sufi AF 2015 Alami Gangguan Seksual Bapa Tiri?

Apa Penjelasan Si Pelaku?


Baru sahaja bermula namun  Akademi Fantasia 2015 telah pun mula dihiasi dengan kisah hangat. Ini bukan disebabkan konsert pertamanya yang meletup dengan persembahan hebat pelajar yang mengambil bahagian tetapi berkaitan kontroversi yang melanda salah seorang pelajarnya.

Pada Mac lalu, Sufi yang merupakan peserta AF 2015 dari Singapura pernah membuat pengakuan mendakwa pernah mengalami gangguan seksual oleh bapa tirinya iaitu Muhammad Arif.

Berikut adalah jawapan bapa tiri Sufi, Arif yang  turut didakwa melakukan gangguan seksual kepada penyanyi cilik Indonesia, Tegar.

Adakah dia pernah berniat untuk menjatuhkan karier bekas anak tirinya yang juga peserta program Akademi Fantasia 2015 (AF) iaitu Sufi Rashid menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook miliknya yang banyak  memburukkan penyanyi itu?

"Saya sentiasa berhati-hati dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan di Facebook dan paling penting tiada sebarang nama disebut. Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya!

"Siapa saya hendak jatuhkan dia? Saya hanya membela nama baik saya dan keluarga sebaliknya ibu Sufi secara jelas banyak mengeluarkan kenyataan menjatuhkan saya dengan pelbagai kata-kata sinis termasuk cerita tidak benar secara terbuka.

"Jadi tidak salah untuk saya membela diri sendiri dan perlu menjelaskan kedudukan yang sebenarnya,"


Tidakkah Dia Terkesan Dengan Cerita Panas Itu?

"Ketika mendapat berita Sufi diterima masuk dalam AF saya dah menjangkakan cerita panas saya dikaitkan semula. Sebenarnya saya sudah lali dengan kontroversi, paling penting saya tidak buat dan tidak perlu rasa takut," katanya.


Apa Pendapat Arif Mengenai Sufi?

"Saya pertama kali diperkenalkan dengan Sufi oleh ibunya ketika dia berusia 11 tahun dan melihat potensi besar dalam dirinya sebagai seorang penyanyi.

"Yakin dengan vokalnya saya telah membawa dia ke Malaysia untuk mendapat bimbingan daripada Zul 2by2, Alfa Kusuma Booty dan menjalani latihan vokal oleh Datuk Adnan Abu Hassan.

"Alhamdullilah saya dapat lihat apa yang dia pelajari dari awal dahulu masih dikekalkan tetapi vokal yang baik tidak menjamin masa depan cerah sekiranya disiplin dan kelakuan tidak dijaga," jelasnya.

kredit: mstar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Internet business sales

Donate Car To Charity CALIFORNIA, Online Classes, PHD In Counseling Education, Webex Costs, Register Free Domains,Best social media platforms, Social Media Tools

Cari Apa Saja..

Blog Archive