Shaheizy Sam Terkejut Ditaja RM 25 Juta

Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Dijabkabul pada 9 Februari 2016


Mungkin sudah tuah badan! Begitulah  rezeki yang diperolehi pelakon lelaki popular seperti Shaheizy Sam apabila majlis perkahwinannya dengan Syatilla Melvin yang bakal berlangsung pada bulan Februari nanti sudah mendapat tajaan pihak tertentu. Jumlah tajaan itu dikatakan  mencecah sehingga RM 25 juta!

Bercakap mengenai hal itu Saheizy Sam tidak menafikan yang dia rasa terkejut  dengan tajaan itu namun tetap meluahkan rasa syukur.


"Kami sendiri agak terkejut dengan jumlah tajaan ini. Apapun terima kasih kepada pihak yang sudi menaja dan menjadi sebahagian daripada hari bahagia kami. Majlis ini bagai meraikan mereka yang dianggap seperti keluarga kami,”

Majlis resepsi sebelah keluarga Syatilla akan diadakan di Bukit Jawi Golf Club pada 9 Februari. Manakala majlis resepsi sebelah keluarga Sam di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 14 Februari. Sekalung tahniah diucapkan dan semoga bahagia hingga ke anak cucu.

Pilihan Berkaitan:

SUKA POST/LAGU Ini...? Jom Kongsi dengan rakan sekarang:)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POS TERBARU SEKARANG!