Berita Baik! Astro Hadiahkan 150 Saluran Percuma.

Hadiah Saluran Percuma Selama 10 Hari




Mulai 22 Ogos hingga 31 Ogos 2015, selama 10 hari pelanggan Astro boleh menikmati lebih dari 150 saluran percuma di rangkaian Astro. Ini berikutan Astro mahu menunjukkan penghargaan kepada pelanggannya yang selama ini setia bersamanya.Penghargaan sebagai tanda terima kasih ini dikhaskan buat semua yang telah memilih Astro sebagai syarikat Media dan Hiburan Terbaik Malaysia seterusnya melayakkan Astro untuk menerima pengiktirafan di Putra Brand Awards bagi tahun ke-enam berturut-turut.

Apa Saluran Yang Boleh Ditonton?


Di dalam tempoh 10 hari tersebut, pelanggan Astro bakal menikmati saluran berunsurkan informasi, hiburan dan sukan serta saluran-saluran berdefinisi tinggi (HD) seperti berikut:
  • Filem-filem terhebat dari Hollywood dan Bollywood
  • Rancangan dokumentari di dalam kejelasan berdefinisi tinggi (HD), dan kepelbagaian filem indie hasil ciptaan pembikin filem terkemuka di saluran Sundance dan A-List.
  • Drama bersiri televisyen paling popular yang disiarkan secara serentak dengan waktu tayangan di UK dan USA.
  • Drama bersiri Korea, 
  • Program realiti seperti Maharaja Lawak 
  • Siaran langsung acara sukan terhebat dari seluruh dunia.

Kalau tiada ada langganan di televisyen, jangan risau kerana anda juga boleh menikmati tawaran istimewa ini dengan menggunakan aplikasi dalam talian iaitu Astro on the Go melalui komputer, telefon pintar dan gajet anda. Jadi apa lagi? Gunakanlah peluang ini untuk menikmati rancangan kesukaan anda sebelum tamat 31 Ogos ini. Semoga terhibur:)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Internet business sales

Donate Car To Charity CALIFORNIA, Online Classes, PHD In Counseling Education, Webex Costs, Register Free Domains,Best social media platforms, Social Media Tools

Cari Apa Saja..

Blog Archive